Thursday, April 7, 2011

Kasihku....

Kasihku
Dikala ini bayu menderu membawa daku mengenangkanmu,
Disaat dirimu memaut teguh tanganku ,
Ketika aku lumpuh tiada berdaya,
Dikau hampiriku sambil menyuluhku dengan pelitamu,
Tanpa keluh  juga tiada dengusan,
Tiada sesal dan juga rintihan,

Kasihku,
Setiap kali aku menangis hatimu terluka,
Setiap kali aku celaru pasti hampa dirimu,
Bila aku resah dikau gelisah,
Dan bila aku sepi kau hadiahkan senyuman.

Kasihku,
Dikau membina atap dari nama simpati,
Dikau juga menegakkan tiang dengan kasih sayang,
Dikau menyusun bata dari keringat harapan,
Dan dikau hadiahkan aku mahligai yang dihuni oleh cinta tulusmu.

Kasihku,
Acapkali aku alpha dengan anugerahnya,
Sering kali ku calar sutera hatimu,
Disini aku telah menyedarinya,
Dan aku berjanji untuk selamanya ,
Akanku balut segala dukamu,
Takkan ku ulang lagi kesedihan ini,

Kasihku, 
Jangan kau pergi meninggalkan aku,
Jangan sekali kau melupakan aku.
Kerana aku disini hanya ada cintamu,
Dan pasti aku akan menagis hidup tanpamu.

Kasihku,
Biar apapun suratan antara kita,
Akan dengan sedaya nafas diriku mengubahnya,
Agar selamanya kita kan bersama,
Takkan terpisah walaupun tiba saat kita dijemputnya,
Cinta kita takkan berakhir dan akan sentiasa bersama,
Selama lamanya.......... kerana kau adalah segalanya dalam hidupku....

Percayalah kepadaku untuk terakhir kali...


Sunday, April 3, 2011

kuatkan hati melangkah pergi

sebak hati melangkah pergi,
mencari lorong langkah beribu,
tangis pilu sayuan hati,
menitip pelita ke ambang jati,
kau kasih pujaan jasad,
kau suci jelmaan hikmat,
aku cemar tiada seduduk,
aku hina mana berdiri,
cangkir mata berlinang tipis,
imbas janji hilang menjejak,
apalah daya kusam dihina,
pergilah dikau dialam pelangi
tinggalkan daku dilekit lumpuran

walau kau pergi meninggalkan aku..
aku tetap akan menyintaimu hingga kehujung nyawa..
walau perpisahan ini tidak dirancang..
ku tetap akui yang aku hanya menyintaimu...
walau ini tidak adil bagiku..

aku melangkah kerana tidak mahu kau tahu lagi
bahawa aku hanya milikmu yang abadi...
kerana tanpa disedari..
cinta kukenal hanya darimu...
kasih ku harap juga darimu...
rindu kurasa bermula darimu..
sakitnya raga kau tiada lagi disisi..
tapi itulah kata gembira buiat dirimu...
aku adalah arca dalam cintamu....

Ranjau

Lelah sudah aku berlari,
Tanpa sepatu aku meredah,
Dimanakah kini aku menyapa,
Lencun wajah dibasah hujan,
Tersungkur sayu ditasik lumpur,
Meratap pilu merangkak sayu,
Penghias diri balutan luka,,
Setia linangan menahan daya,
Mendongak wajah menyaksi susup,
Ranjau belantara peneman mata,
Kelam gelita tiada arah,
Sendu tangis tiada erti,
Terdampar sebak tiarap hampa

Pintaku Selamanya

Pintaku,

Dampingilah daku dipuncak hasratmu,
Pintasilah aku sepantas panca kemahuanmu,
Agar silau tidak menyilangi kita,

Panahlah sukmaku dengan sanubarimu,
Jeratlah daku dengan kerinduanmu,
Biar hatiku digalas batu kepastianmu,

Bawalah daku kelaman senyumanmu,
Dakaplah diriku didalam nafas janjimu,
Kerana mahuku hanya dirimu....

Untuk selamanya



Friday, April 1, 2011

Itulah kekasihku

Siapalah aku..
Jika haruman cempaka tak sehebat mawar
Menghela nafas memaling rupa
Masih berdiri menyapa simpati
Atas kisah dibalik hati
Ingin bersama keruan masa
Ingin menetap keruan harta
Ingin menyatu keruan jiwa
Merebut rasa masih dilema
Letak dimana tanpa diambang
Perit lelah tak nampak simpang
Terus teguh semadi dijiwa
Tangis hati berbalut bahagia
Tangis duka bertadah gembira

Sebak hatiku tak mampu berkata
Bagai laluan malaikat dihantar
Engkau tetap menjejak lancar
Walau beban menghempap rata
Tiada keluh dititis mata
Tiada lancang menabur dada
Tiada gantian itulah hakiki
Setia bersama itulah janji hingga ke mati


Thursday, March 31, 2011

Percayalah

sayang aku tahu
kita sering tak bersama 
kau jauh disana
ku menyimpan tanya
sayang aku tahu
kita tak banyak bertemu
namun hanya kamu
yang ada di hati


jangan sampai kau lukai hatiku
aku resah lalui waktu tanpamu
jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu… percayalah…

sayang aku mau kita
‘kan slalu menyatu
walau kadang rindu
menyiksa lambaianku

sayang aku mau
jangan pernah kau meragu
walau aku jauh
hatiku untukmu
jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu… percayalah…

Kembali esok menyambung pena

Tiada lintasan langkah beribu
Dari jasad yang sering disamping
Ranap hati bila sejejak
Setia nyawa dibalik kudus
Rencah masih dihujung kuku
Ratap hanya diangin maya
Menanti terang disisi senyum
Muncul dalam tinta dibayu
Aliran indah peranan hati
Andai takdir tiada izin
Diam kaku sepi suara
Melihat titis merayu jiwa
Bisa asa memaling sahut
Memutar puisi saling dambar
Tinta terang diacuan hati
Nyata ihsan diri terpanah
Moga sinar tiada noktah
Kembali esok menyambung pena