Saturday, October 22, 2011

Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.


 Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "

 (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman AlIah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  "

(Surah al-Hujurat ayat 12).

Friday, October 21, 2011


Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu...
Kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar..
Aku hanya berharap nanti jika terlihatkan aku kau akan tersenyum dan berkata...
"DIALAH ORANG YANG SELALU MENYAYANGI AKU"

Wednesday, October 12, 2011

Aku bermimpi......



Aku bermimpi akan ada satu kehidupan
Kehidupan yang penuh putik putik senyuman...
Meniti perjalanan nafas didunia yang fana
Aku bermimpi akan ada satu kehidupan
Dimana tiada tangisan dalam kesedihan....
Yang mana aku berjalan dikelopak bunga yang ditemani pelangi....


Aku bermimpi akan ada satu kehidupan
Yang jauh dari samar bayangan kegelapan.....
Dan jauh dari pantulan para hina..

Aku bermimpi
Akan adanya cahaya harapan dari setiap kemalangan
Akan adanya terang bahagia di terowong airmata

Aku bermimpi.....