Thursday, April 7, 2011

Kasihku....

Kasihku
Dikala ini bayu menderu membawa daku mengenangkanmu,
Disaat dirimu memaut teguh tanganku ,
Ketika aku lumpuh tiada berdaya,
Dikau hampiriku sambil menyuluhku dengan pelitamu,
Tanpa keluh  juga tiada dengusan,
Tiada sesal dan juga rintihan,

Kasihku,
Setiap kali aku menangis hatimu terluka,
Setiap kali aku celaru pasti hampa dirimu,
Bila aku resah dikau gelisah,
Dan bila aku sepi kau hadiahkan senyuman.

Kasihku,
Dikau membina atap dari nama simpati,
Dikau juga menegakkan tiang dengan kasih sayang,
Dikau menyusun bata dari keringat harapan,
Dan dikau hadiahkan aku mahligai yang dihuni oleh cinta tulusmu.

Kasihku,
Acapkali aku alpha dengan anugerahnya,
Sering kali ku calar sutera hatimu,
Disini aku telah menyedarinya,
Dan aku berjanji untuk selamanya ,
Akanku balut segala dukamu,
Takkan ku ulang lagi kesedihan ini,

Kasihku, 
Jangan kau pergi meninggalkan aku,
Jangan sekali kau melupakan aku.
Kerana aku disini hanya ada cintamu,
Dan pasti aku akan menagis hidup tanpamu.

Kasihku,
Biar apapun suratan antara kita,
Akan dengan sedaya nafas diriku mengubahnya,
Agar selamanya kita kan bersama,
Takkan terpisah walaupun tiba saat kita dijemputnya,
Cinta kita takkan berakhir dan akan sentiasa bersama,
Selama lamanya.......... kerana kau adalah segalanya dalam hidupku....

Percayalah kepadaku untuk terakhir kali...


No comments:

Post a Comment