Wednesday, September 14, 2011

Sedar

Hari ini aku mula sedar....
bahawa ayat
"BERSAMALAH DENGAN INSAN YANG MENYAYANGI KITA
BUKAN BERSAMA DENGAN INSAN YANG KITA SAYANGI"
perkataan ini amat payah untuk kita fahami dan amat sukar untuk kita pastikan..
bila kita tidak disayangi maka kita akan disia siakan walau segunung sayang kita kepadanya....

Cinta yang dinikmati hanya datang sekali ..
Bila kita menyayangi seseorang kita pasti sanggup bekorban demi insan yang kita sayangi....
Tapi jelas ternampak semuanya akan punah kerana kita memperhambakan diri
demi insan yang kita sayangi....
dan kita juga menhancurkan sekeping hati insan yg tulus menyayangi kita....
Diri kita diketepikan bila insan yang kita sayangi memang nyata tidak menyayangi kita...

Perkataan CINTA adalah kompleks...
sangat susah untuk diungkapkan....
Jika insan itu benar menyayangi kita maka dia akan
gembira dengan kebahagiaan kita dan akan bekorban untuk diri kita tidak diselubungi kegelapan...

Apalah guna kehidupan tanpa cinta disisi??..
Kadangkala kita tidak tahu apa tindakan kita ini bakal memakan diri atau tidak....
Kita sering terburu demi menagih sesuatu yang sememangnya kosong...

Hati sering menginginkan satu kesempurnaan...
Hati juga sering mementingkan diri demi mengejar sesuatu yang tak pasti....
Penyesalan diakhir kehidupan tiada erti bila insan yang kita sayangi
tak pernah menyayangi kita sehingga  mata tertutup....

Hidup hanya sekali.. maka jangan biarkan penyesalan bertapak dihati...
Sisihkan kehidupan yang tiada erti....
Kerana kasih sayang dan cinta bukan satu perjudian.

Yang terbaik..
pergilah kepada insan yang sama sama menyayangi..
bukan betepuk sebelah tangan....
Jauhi insan yang menunggu kita hingga mati dan dekatlah pada insan yang
bersama dihati kita hingga ke mati...

No comments:

Post a Comment