Sunday, May 8, 2011

Rumah Terbakar....

Hari ni dalam sejarah..
pukul 0715am tadi aku tersedar dari tidur sebab anak ketiga aku menangis muntah muntah....
Bila tersedar asap penuh diruangan kamar tidur aku...
Aku fikirkan ade pintasan elektrik..
Aku terus ke bilik anak anak aku.. ....
tengok asap penuh dibahagian atas rumah kami..
dengan segera aku tutup semua plug plug yang terpasang disemua bilik bilik...
terus aku menjerit panggil Ida(maid aku)...
bila turun ditangga aku lihat rumah penuh dengan asap..
aku dah hilang akal...
aku jerit pada ida suruh dia bukak pintu depan dan bawak Erra (anak bongsu) keluar dari rumah cepat...
Manakala Syazwan dan Aina yang masih nyenyak tidur aku seret turun kebawah ..
Mia yang masih kecil lambat untuk bergerak pantas turun anak tangga pun aku seret tanpa endahkan dia sakit atau tak terhentak kakinya pada anak tangga..
Dalam fikiran aku cuma mahu anak anak semuanya selamat...
Bila tengok semua anak anak dan Ida berada diluar rumah...
Aku masuk semula dalam asap yg penuh tu untuk tutup api gas.....  
Masa tu api dah menjulang didapur...
Aku yang ketakutan terus lari keluar semula dan panggil jiran untuk membantu....  
Jiran sebelah pun terpisat pisat bantu padamkan api...
Masa situasi mengejut tu.. lansung tak terfikir nak call bomba...
Mungkin sebab terkejut kot...
Apepun syukur alhamdulilah... semua selamat...

No comments:

Post a Comment