Sunday, May 8, 2011

Buat Permata Hatiku..

Dihari menjuangkan nyawa...
Berderai airmata saat mendakap dirimu...
Kukucup wajahmu sepenuh dayaku...
Tanda syukur kerana sempurna jasadmu....
Sayang...
Dari mata yang masih kabur kau hadiahkan tawa..
Dari merangkak terus melangkah pantas....
Dari tanpa suara kini petah berkata...
Semuanya itu adalah kegembiraanku....
Sayang....
Andai tangisan menyelubungimu sugul nyawaku...
Tanpa rasa letih ku tetap harunginya dengan senyuman...
Rela aku kelaparan dari meminta dikau memahami..
Kerana dirimu tidak layak untuk mengerti...
Sayang...
Walaupun diriku tidak sehebat mereka diluar sana..
Namun aku tetap berdiri teguh hanya untuk dirimu...
Hanya mohonku..
Jangan sesekali kau menganjak kaki dariku...
Kerana dirimu adalah bahagian dari jasadku..
Gembiranya aku adanya dirimu..
Kecewanya aku jika hilangnya dirimu..
Percayalah sayangku... 
Tiada siapa yang mampu memberimu  kasih sayang
Sepertimana telah aku berikan...
Kerana kita tidak akan berpisah walau nyawa menjemput kita...

No comments:

Post a Comment