Wednesday, August 3, 2011

Disitu....


Andai kesempatan itu milik aku....
Ingin sahaja ku hentikan masa itu dari terus berputar
Menatap setiap bibit cintamu yang sentiasa mekar dihati...
Melewati siang dan malamku dengan senyum tawamu...
Ditemani dengan setiap luahan kata manismu...
Mendakap mimpi bahagia bersamamu...

Kerana disitu...Senyuman kita tiada pernah lekang....
Kerana disitu.. Lelahku tiada mendengus...
Kerana disitu... Kisah kita dialam bahagia...

Bila diriku menangis .. dirimu disisi menenangkanku..
Bila ku ketawa... Dirimu tersenyum bahagia disamping aku....

Disitu... 
Tak pernah terhenti alunan lagu dihatiku...
Irama terus membuai jiwa...

Tapi disini....
Sedih bila menyapa hatimu pulang ke hatiku...
Kerana aku tidak lagi kelihatan...

Sayangku...
Tataplah wajahku..
Pulanglah kehatiku...
Rangkullah jasadku...
Genggami tanganku...
Hapuskan airmataku..
Agar bisa melangkah bersama.. 
Menyambung perenggan kisah antara kita..
Mencipta irama kita berdua...
Biar dunia tahu

Kita adalah satu




.

No comments:

Post a Comment