Thursday, June 16, 2011

AIM

Hari ni adalah hari keempat aku kursus di AIM... Tak letih tapi disini aku berjumpa dengan ramai wanita wanita yang mempunyai pelbagai latar belakang.. Dalam pusat ni ada lebih kurang 70 orang yang kesemua adalah kaun wanita.... Dalam kumpulan aku ada 5 orang, nama nya Kak Siti, Kak Rahmah, Kak Zal, Kak Sah dan aku...

Pada mulanya aku agak melopong sebab untuk pertama kalinya aku bercampur dengan mereka yang berhati kental. Walaupun mereka tergolong dari taraf rendah tapi aku bangga bercampur dengan mereka kerana mereka tak riak dan mempunyai talian persahabatan yang baik..

Di AIM ini mereka memupuk sikap saling bekerjasama, bantu membantu, prihatin untuk sama sama membenteras masyarakat miskin diMalaysia... AIM memberi peluang kepada golongan miskin meningkatkan taraf hidup dengan cara berniaga... Dalam diam aku benar benar bangga dengan Institusi seperti ini...

Seperti Kak siti salah seorang dari kumpulan aku.. Dia seorang wanita yang hebat... die mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan mempunyai suami yang cacat selepas kemalangan.. die menjaga anak dan suami yang tak mampu menjalani kehidupan.. bila aku melihat suaminya tak ubah sepert menjaga anak yang berusia 1 tahun.. Die menampung kehidupan dengan menjual nasi dipasar malam... walaupun tak seberapa nilai jualannya.. anak anak tetap bersekolah dan suaminya tetap dijaga dengan rapi...

Disini aku tersedar bahawa ada yang lebih susah kehidupannya dari diri aku sendiri... aku juga telah bertekad.... yang bahawa dengan pendidikan yang aku ada dan juga mempunyai insan yang menyayangi diri aku.. aku sepatutnya bersyukur pada illahi.. Dan aku mampu melakukan yang lebih baik dari apa yang ada sekarang ini... Dan semoga niat aku akan diredhai allah...

No comments:

Post a Comment