Saturday, January 15, 2011

Dayaku



Umpama pipit baru menetas,
dikuak kepak jatuh ketanah,
tabah hati melawan sebak,
hingga berjaya berada jebak.

Sendiri terbang tanpa hala hingga melihat keindahan biru,
ceria suasana memukau kerdip,
hayunan sayap tanpa henti
hingga tersedar di bentangan ombak....

Peluh berderai berhenti keriuhan,
aku memaling wajah sudah jauh ketengah,
aku tenung hadapan masih samar pelabuhan,
hendak dihela nafas tidak bersempat...,

Hendak ku henti mengibas tanah tak nampak,
panas berlalu hujan tak ditamu,
sejuk gigil masih kukuatkan sayap
untuk sampai ketempat pembaringan.

Ya Allah kuatkan sayapku agar aku mampu
melintasi lautan luas ini.
Aku tak mampu berhenti terbang
kerana kakiku masih belum dapat berpijak.....

No comments:

Post a Comment