Tuesday, December 28, 2010

Andai...

Andai ku mampu hentikan waktu...
akan kukejar dirimu supaya aku tak berada ditempat ini
akan kugapai jejakmu untuk aku menikmati erti kelahiran
akan kudakap ragamu bagi merasa hebatnya anugerah berpasangan

Andai dapat aku putar masa
akan aku lari mengejar sinaran pelangi diwajahmu
akan kusujud tangis kegembiraan
akan kurayu simpati mohon kau tak berganjak dariku
supaya aku tidak berada dimana aku berada kini
tapi...
waktu melewati masa
tak mampu aku mengorak langkah mengikut bukuku
namun aku menadah airmata syukur
kerana engkau telahpun hadir

2 comments:

  1. Sejambak bunga Rose untuk Aisya..
    Tahniah kerana menerima anugerah
    Yang amat berharga dari Penciptamu
    Kesyukuranmu petanda baik utk megorak
    langkah selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, dari lubuk hati yang paling dalam...
    Aku memohon jangan pisahkan diriku dengan hambamu yang sangat aku cintai...
    Walau cuma sedetik.
    Restuilah hubungan kami berdua..
    Aminnnn

    ReplyDelete