Sunday, December 19, 2010

mekarnya kasihku



sayang
setitik kasih yg kau dambakan
memberi igauan dilena mimpiku
menyulam sutera dlm bicaraku bagi meraih jauhari dirimu
sayang
biar embun itu menitis ketika kasih kita masih mewangi dihening fajar ini..
kerana cinta kau tinta dihatiku telah mekar dan menanti kelopaknya berguguran di hamparan permaidani pelamin kita
aku menanti ungkapan cinta dari seorang kekasih..
sayang.
 hari hari bersamamu memberi sejuta erti.. kau lah kekasih dan kau jugalah sahabat..
akan ku lagukan gurindam agar kau mendengar betapa luhurnya cintaku buatmu..
akan kutiup seruling yg berbisik dimasa lenamu agar jiwaku beratu dihatimu

Thursday, December 16, 2010

Pelita

MALAM SEMAKIN GELITA
AKU BERJALAN SENDIRIAN
MENYUSUP PELITA YANG PERNAH MENYINARI
UNTUK MENERANGI RUANGANKU INI
BIARPUN CAHAYANYA MALAP
AKU TETAP MENUNGGU SETIA
HINGGA HARI TERANG
AGAR AKU DAPAT MERASAI
 KEDINGINAN MALAM YANG PENUH KILAUAN CAHAYA

JIKA AKU SEORANG PENYAIR

JIKA AKU SEORANG PENYAIR
KUSEMBAHKAN SYAIR INDAH BUAT MENEMANI TIDURMU
AKAN KU GUBAH AGAR DIRIMU SENTIASA BAHAGIA DISISIKU
MENDAYU PUISI MEMBISIK KE TELIGAMU
AGAR DIRIMU  LENA BERSAMA ALUNAN SUARAKU
DAN JAGAMU DILAPIK SENYUMAN RINDUKU
AKAN KUCUBA MENGHIASI LAMAN HATIMU DENGAN BUNGA CINTAKU DISAAT  KAU MENANGISI DUKA ATAU DISAAT MENDAKAP TAWA
WALAUPUN JERIH MERANGKAP BAHASA AKAN CUBA DENGAN ASA

ANDAIKU SEORANG PENYAIR
KULAGUKAN UNTUKMU BAGI TIADA TOREHAN LUKA MENYAPA DIRIMU
AKANKU ROBEK MASA DUKAMU 
BIAR BAHGIA MELUBUK DIJIWAMU
SELAMANYA

Tuesday, December 14, 2010

Keindahan


Dalam Kabus Jendela 
Aku Cuba Meninjau Keindahan Alam Ciptaan Allah
Dalam Kebingungan Aku Cuba Mengerti... 
Tapi Masih Lagi Samar....
Aku Cuba Menatap Keindahan Itu Tapi Tetap Kabur...
Dihatiku Percaya Setelah Hujan Berhenti Pasti Keindahan Itu Dapat Aku Terokai...
Aku Akan Menanti Walau Ribut Bakal Melanda...
Aku Akan Tabah Walau Taufan Datang Menjengah ...
Aku Akan Setia Walau Badai Menjamah Diri...
Dan Aku Takkan Berdiam Diri Jika Keindahan Itu Berlalu Pergi...

Dengarlah Rayuanku...
Janganlah Kau Bawa Keindahan Itu Jauh Dari Mataku
Kerana Aku Jua Adalah Keindahanmu.... Selamanya

Andainya kau milikku....

Andai kau ada untukku takkan ada rasa sepi menyelubungiku
Andai kau ada untukku aku merasa sangat diperlukan
Andai kau ada untukku takkan kuberjalan dengan gelisah
Andai kau ada untukku takkan mungkin ku rasakan derita
Jika kau ada dan temani aku disini aku merasa tenang
Jika kau ada dan memelukku segala kepedihanku terhapus
Jika kau ada dan memberiku cinta aku akan merasa kebahagiaan adalah milikku


hatiku berkata

INDAHNYA SAAT INI
WAKTU DATANG DALAM CINTAMU
BERKATA DALAM HATIKU
ENGKAU ADALAH MILIKKU
KAU TERLALU LEMBUT DAN AYU
PERASAAN IKHLAS DARIKU
JELINGAN MANJAMU MENGKHAYALKAN DAKU
KU UKIR SENYUM MENGAGUMIMU

Monday, December 13, 2010

MUHAMMAD SYAZWAN
Berusia 7 tahun  1bulan
Perwatakkannya sangat tegas, prihatin, berdisplin, patuh dan sangat bertanggungjawab
Lahir pada 10 November 2003