Monday, December 13, 2010

AINA ZALIKHA
Berusia 5 tahun 9 bulan
Perwatakkannya lembut dan penyayang
kata katanya lembut dan mendayu dayu
Lahir pada  18 March 2005
MIA SYUHADAH
Perwatakkan happy go lucky
Lahir pada 12 Mei 2005

ERRA QISTINA
Berusia 11bulan
Lahir pada 01 Januari 2010
Perwatakkannya sangat manja

Wednesday, December 8, 2010

Arca Cinta

Arca cinta...

Engkau sentiasa disitu
Menemani ku setiap waktu
Engkau membuat ku tersenyum melihat kecantikkanmu
Engkau mendebarkan degup jantungku
Dalam diammu aku merasakan kasih sayang menyelubungi
Tiada kesepian yang menyelimuti diriku sejak kau hadir
Tiada kekosongan yang bertempat dijiwaku
Kumerasakan engkau diciptakan untuk aku
Setiap saat yang hadir disampingmu memberikan daku sejuta kebahagiaan

Tanpamu aku seperti hilang arah
Khilaf pada setiap keadaan
Alpa dengan kekeliruan

Tapi sayang.....

Sejuta kemaafan kupohon
Kerana aku telah dicintai dan menyintai
Hadirmu diakhir penentuan
Hanya dia yang satu dapat menyatukan
Tiada janji dapat dilafaz

Fahamilah Sayangku....

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

dunia ini ibarat pentas lakunan 
manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya
Al-Quran dan As-Sunnah skripnya
manakala Malaikat itulah jurugambarnya
Islam jalan ceritanya
Kiamat itu kesudahan penggambarannya
Padang Mahsar tempat menerima anugerahnya
Rasullullah SAW pelakon terbaiknya
ALLAH S.W.T adalah jurinya
manakala Syurga @ Neraka itulah trofinya
SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1432H

Monday, December 6, 2010

kasihku dan sayangmu


terpadamlah gundah dihati
setenangnya air di kali..
hilanglah resah terpancar naluri,
janji yang diikat teguh berdiri..
Lafazlah sejujur hatimu setulus halusnya budimu,
damainya sesudah gerimis bawa daku bersama meniti pelangi,
ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi..

Kasihmu beraja dihati
kasihku bertakhta dijiwa
walaupun tiada di mata, cintamu tetap sebati
sungguh bererti kasih dan sayang
guruh di laman umpamanya gurindam
mengusap di hati yang rawan

Friday, December 3, 2010

Ibu sudah balik...

letih...............
namun melihat anak2 ku
letihku hilang