Sunday, January 22, 2012

%$$%*&^(*)(*&%^$ Be Ready!!!!! !@#%&*%$*


Kali ni nak berstory pasal pasangan.. tak kiralah kawan ke kekasih ke or rumahtangga kew....  Pekara ni sangat subjektif... Banyak kes dah ditemui spt contonnyer:

Kes pertama:
Pertanyaan mengapakah silelaki ini mengambil keputusan berpisah dengan kekasihnya
Jawapannya: "Aku tinggalkan dia sbb dia berlaku curang dengan lelaki lain"

Kes kedua:
Kenapa awak tak mahu lagi berkawan dengan sidia?
Jawapannya: " Sbb dia cakap saya bodoh dan tak cantik"

Kes ketiga:
Kenapa saudara bercerai dengan isteri?
Jawapan: "Saya tidak mahu bercerai tapi apakan daya dia membuat pengakuan yang mana dia tidak bahagia lagi dengan saya"

Kes keempat:
Mengapa puan memohon cerai, sedangkan anak masih kecil?
Jawapan: "Saya tidak dapat menerimanya lagi kerana antara kami sudah tiada persefahaman"

Kes kelima:
Bukankah cik sudah bertunang, kenapa memutuskan pertunangan?
Jawapan: "Tiada jodoh antara kami"

apepun soalan dan jawapan yang diberikan bukanlah bermakna segalanya itu sbb asas mengapa berpisah... Jika pasangan sudah sedia dengan jawapan mengapa ia terjadi.. bermakna dihati pasangan anda sudah tiada lagi untuk anda... Maka dengan itu, bersedialah anda untuk meneruskan kehidupan bila pasangan sudah mengatakan sesuatu pada diri anda...

Pasangan yang sangat menyayangi anda tidak akan sekali pun memberi kata yang tidak baik untuk anda...  Mereka akan terus menyebelahi anda dalam apa jua keadaan... Seprti contoh kes kedua.... Jika pasangan anda mengatakan anda bodoh dan tidak cantik... mungkin ada insan lain yg akan memberitahu anda ttg kelebihan anda.. Jadi dengan itu, lupakan kesedihan dan carilah kebahagiaan yang baru..

~~~~**** Percayalah.. perpisahan ini adalah langkah seterusnya untuk**********~~~~~ ~~~~~~~*** menemui pasangan yang lebih baik****~~~~~~ 

Monday, January 16, 2012

Mengapa jadi pelacur? !~#&%$#*&(^^*!!!!


Saban hari melihat news kat tb dan dari suratkhabar tentang isu pelacuran.... Sana sini ade aje kes benteras pelacuran dari berleluasa..... Well, sepanjang hidup saya .... asalkan bercerita aje pasal pelacur mata tertumpu pada kaum wanita yg lemah.... kenapa ekkk??? mungkin kah sbb pelacur ni menerima bayaran dari kerjanya ke????? hmmmmm.... tp ada jugak pelacur yang tak dapat bayaran kan spt gejala bohsia.. kebiasaan terdengar.. klu bwk jalan2 or belanja mee sepinggan dah bleh dapat memuaskan nafsu.. yeke???? ...
    Ermmm kepada lelaki pulak yang buat kerja spt ini dinamakan gigolo( yeke.. sy pon main agak je nih) gigolo plak tak sehina pelacur.. perempuan tetap hina walaupun menerima upah sbg pelacur ataupun membayar upah utk memuaskan nafsu.... kenapa yer????pelik sungguh walaupun kerja gigolo dan pelacur sama je .. menjual maruah kannn.....
  
Anyway.... saya post hal ni bukan nak tau sape hina atau siapa mulia... tp sebenarnya nak mengupas kenapa mereka memilih kerjaya sbg pelacur..(pelacur difokuskan kepada kaum wanita yg lemah)...
Pelacur ni tak kira peringkat umur... seperti mana cerita dari kawan saya sendiri.... Pelacur ni bermula dari usia antara 12 tahun hinggalah umur 60 tahun pun ade taw.....aduihhhh.. kalau 12 tahun tu mmg pastilah bergetah lagi.. macammana pulak ngan pelacur diusia 60thn??? alahaiiii.. tak dpt nak bygkan...... Seprti pengalaman saya, saya dan family pernah ke Chow kit road 4 tahun lepas semata2 nak beli sayur sayur kg(hehe skang tak lg pergi sane sbb suami malas nk gerak pepagi butew lg...) ok ok sambung story mory balik which is sy jalan2 sambil skodeng lorong2 gelap area situ.. ngee bkn ape sajer je buang masa pagi hari.... mmg ada pelacur yang dalam usia 50-60thn.... erkk brapa yer bayarannya???? huh!!! nauzubillahimin zalib....
Hina dan jijik sungguh keadaan mereka.... TP..... sepatutnya kita tak boleh hina atau jijik ngan mereka.. supposely lah .. itu pendapat saya because mereka semua manusia....
Ada tiga peringkat wanita kenapa mereka jadi pelacur....

Remaja~ 1. Remaja menjadi pelacur kerana kurang didikan agama atau memang jenis perempuan bodoh ke???  Saya tak rasa begitu, kerana remaja selalunya inginkan kebebasan bukan pasal mereka bodoh.. dah terbukti ramai pellajar cerdik yang dihantar hingga keluar negara ni mempunya proffesion sampingan iaitu menjadi pelacur... (***tp bukan semua seperti itu)....
2. Ada juga terjadi kepada sebilangan remaja atas sbb tekanan hidup dirumah....  yang mana parent asik sibuk ataupun sering bergaduh or maybe sbb kesempitan hidup....(Rasa saya lah.... tak tau benar atau salah)

Dewasa~ 1. Dewasa pula mungkin kerana dah terbiasa dari kehidupan remaja hinggakan terbawak bawak sehingga dewasa..... Ini terjadi kerana takde satu pun kaum adam yang mahu membimbing mereka dari kesesatan.. naima memang allah menjadikan kaum adam sebagai pelindung kaum hawa yang lemah.....
2. Hmmmm kebanyakkan pelacur di peringkat usia dewasa ini terdiri dari ibu tunggal.... Kerana kesempitan utk membela nasib anak2.. mereka sanggup menjual maruah demi sesuap nasik.... betul ke?? Kemungkinan ia benar kerana mereka yang ditinggalkan dalam keadaan serba daif ini sangat menyedihkan..... mana nak besarkan anak2 yang berderet..... hati ibu mana yang sanggup melihat ank mereka sakit powot sbb tak makan kannnn....... itulah sbb dalam agama islam juga ada menyebut kepada kaum adam yg sudah berkahwin... jika kamu mahu berkahwin lagi... kahwinlah dengan janda2.. bantulah mereka, pimpinlah mereka, dan bawalah mereka kejalan yang benar.. kerana kaum adam ini dijadikan allah sbg khalifah.....(kepada kaum adam yg masih lom penah kawin tu lebh baik carik pompuan single tau... utk sama sama menempuh alam rumahtangga sebenar.. lorrrrr masuk bab khutbah la plakkkk) lorr .... dah merewang jauh dah ni....

Veteran~ 1. Peringkat veteran ini masih lagi menjadi mendagangkan diri adalah kerana kemungkinan mmg dah menjadi sebahagian dari hidup mereka.... Samalah spt merokok.. kalau dari muda mmg dah merokok.. mmg susah nak jumpa orang yang boleh tinggalkan rokoknya... kerana rokok tu dah menjadi habit ataupun sebahgian dari hidup mereka.... so berwaspada ...
2. Dan kemungkinan juga, sbb dengan cara begitu mereka dapat meneruskan hidup....  "Menjual utk Makan"~~~ "Makan utk Hidup"maybelah.... dari pandangan sahaja... tp yang sebenarnya kalau nak tau tanya sendirila pd golongan ini...

Kesimpulannya... Tak perlulah kita hina meletakkan jari telunjuk pada mereka.... Kerana semua yang dilahirkan didunia berbeza nasibnya..... cth: ada yang lahir hidung mancung, ada yg kemek, ada yg lebar, ada yang takde idung pun ada kan kan kannnn.... so kita syukurilah apa yang ada disekeliling kita keran kita didunia ini semua adalah hamba... OoooOOOopssss i mean bukan hamba kepada manusia.... tp hamba allah la derrr....:))) pernah sy berkongsi cerita dengan seseorang  Janganlah kita menghina sesama kita.. kerana Dizaman rasulullah dulu ada seorang pelacur.. tetap masuk syurga krn sikapnya.... Tp macammana pula ngan kiter nih????  Yang sentiasa disanjung, dipandang mulia didunia.. adakah ganjaran syurga juga di akhirat sok??? wallahualam.....

***~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*****

Monday, January 2, 2012

Cahaya Cintaku


Engkau umpama sebiji zarah...
Yang menyinari  kelam hidupku...
Dirimu penawar serpihan nista yang terpalit ditubuhku...
Menerangi hati yang dibaluti gelita....
Walau gersang mentari memancar hebat...
Kau tetap utuh bersama keajaiban ...

Muncul dikala aku sujud merayu..
Mengharapkan kasih yang tak kesampaian..
Dirimu masih samar...
Namun hatimu dihatiku..
Tiada kasih buatmu...
Tiada belaian dinamamu...
Tiada kegembiraan meraihmu...
Tapi aku tetap bersamamu...
Kerana dirimu adalah Cahaya Cintaku...

Biarlah Rembulan tak bercahaya...
Biarlah lautan dipukul ombak ...
Biarlah siang tiada malam...
Hadirmu sejuta makna buatku...

Aku tahu...
Tabahmu umpama besi..
Hatimu umpama permata...
Jiwamu selembut bayu..
Nafasmu wangian jannah...

Aku tetap bersamamu..
Walau patah sebelah kaki..
Akanku tongkatkan dagu demi ....
Menyambut kehadiranmu ....
******~~~**~~~****** 

Sunday, November 6, 2011

Amanah


Pernikahan menyingkap tabir rahsia 
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, adalah ketentuannya
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah datang tempuhi dengan tabah bersama
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha 
 Kasihmu Amanahku
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah 
amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman 

Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Saturday, October 22, 2011

Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.


 Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "

 (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman AlIah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  "

(Surah al-Hujurat ayat 12).

Friday, October 21, 2011


Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu...
Kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar..
Aku hanya berharap nanti jika terlihatkan aku kau akan tersenyum dan berkata...
"DIALAH ORANG YANG SELALU MENYAYANGI AKU"