Thursday, June 16, 2011

Aku Tidak Hina



Tiada pernah ada nafi dilubuk hatiku..
Yang aku juga manusia biasa..
Mempunyai rasa ingin dikasihi..
Mempunyai jiwa yang perlu disayangi...
Walau hanya perlu menumpang..
Aku pasrah pada ketentuan..
Bila hadirnya dirimu tanpa dirancang..
Seluruh kasih aku serahkan..
Harap dibalas dengan adanya..
Aku serahkan segala cinta...
Bagi bukti keluhuran hati..
Bukan kesempatan yang aku cari..
Hanya penawar hakiki bila disamping..
Biarpun digalas sejuta kepedihan..
Aku tetap setia padamu..
Dengan segala janji yang dipatri...
Tiada apa yang aku pinta..
Cuma martabatkan lah aku sebagai wanita...
Kerana aku bukan pengemis..
Juga Aku Tidak Hina..

AIM

Hari ni adalah hari keempat aku kursus di AIM... Tak letih tapi disini aku berjumpa dengan ramai wanita wanita yang mempunyai pelbagai latar belakang.. Dalam pusat ni ada lebih kurang 70 orang yang kesemua adalah kaun wanita.... Dalam kumpulan aku ada 5 orang, nama nya Kak Siti, Kak Rahmah, Kak Zal, Kak Sah dan aku...

Pada mulanya aku agak melopong sebab untuk pertama kalinya aku bercampur dengan mereka yang berhati kental. Walaupun mereka tergolong dari taraf rendah tapi aku bangga bercampur dengan mereka kerana mereka tak riak dan mempunyai talian persahabatan yang baik..

Di AIM ini mereka memupuk sikap saling bekerjasama, bantu membantu, prihatin untuk sama sama membenteras masyarakat miskin diMalaysia... AIM memberi peluang kepada golongan miskin meningkatkan taraf hidup dengan cara berniaga... Dalam diam aku benar benar bangga dengan Institusi seperti ini...

Seperti Kak siti salah seorang dari kumpulan aku.. Dia seorang wanita yang hebat... die mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan mempunyai suami yang cacat selepas kemalangan.. die menjaga anak dan suami yang tak mampu menjalani kehidupan.. bila aku melihat suaminya tak ubah sepert menjaga anak yang berusia 1 tahun.. Die menampung kehidupan dengan menjual nasi dipasar malam... walaupun tak seberapa nilai jualannya.. anak anak tetap bersekolah dan suaminya tetap dijaga dengan rapi...

Disini aku tersedar bahawa ada yang lebih susah kehidupannya dari diri aku sendiri... aku juga telah bertekad.... yang bahawa dengan pendidikan yang aku ada dan juga mempunyai insan yang menyayangi diri aku.. aku sepatutnya bersyukur pada illahi.. Dan aku mampu melakukan yang lebih baik dari apa yang ada sekarang ini... Dan semoga niat aku akan diredhai allah...

Wednesday, June 1, 2011

Jikalau

Dibawah pepohonan rimbun
Termangu sendiri  melewati waktu
Teman hanyalah sekuntum mawar
Senyum indah tiada berseri
Bila hati tak punya simpati
Jikalau diri tak punya kesampaian...
Lihat daku dalam doamu
Jikalau hati tiada lagi dikasihi
Tataplah aku dalam senyumanmu
Jikalau ikatan dipatahi cinta
Imbaslah daku dalam saat saat dirimu
Akan kupergi untuk selamanya
Aku ku langkah membawa diri
Akan kubawa agungnya cintamu
Tiada makna melayari hidup
Jikalau begini mahumu
Pergi aku tiada kembali
Kerana cinta padamu adalah yang terakhir
Tiada daya melawan kehendak
Hanya pintaku jangan sekali dirimu menangis dikala aku beradu..