Monday, January 31, 2011

Cinta milikku


......Bismilahirahman nirahim.....

Ya allah sesungguhnya engkau tuhan yang maha besar, engkau jugalah yang maha pengasih lagi maha penyayang, maha pendengar lagi maha mengasihani.

Aku hambamu yang hina ini merayu agar kuatkanlah diriku dalam apa jua dugaan yang mendatang. Berilah aku petunjuk... berilah kebahagiaan dunia akhirat kepada diriku, anak-anakku juga keluarga seislam denganku. Ya allah berilah ketabahan kepadaku agar cinta itu menjadi milikku sehingga masa memanggil aku kembali padamu. Aku merayu ya allah yang maha besar di semesta alam....
 
Samudera hati cengkam alpha
kemarau hampa menjulang sedar
kelembar ulas menakluk para
tagih masa terbilas suara
himpun kira dibelahan pilu
meratap hembusan tiada selerak
jambang kuasa rintih kelopak
mengusap detik kota cahaya
depa lurus sentuhan jua
tinta deras mengiring hayunan
lambaian getar  penuh imbasan
berdentam tusuk hening terpana
bolos selit gelita kematu
lemah persada tunduk terkaku

Hasrat





seluruh jiwa ku taruh cinta 
cinta bersemi dibenak yang murni 
mengalir kemanisan berbaur harum 
menjadi tapak untuk difirdausi 
restu hati yang berkelana 
membawa simpang untuk dicucuri
tapisan nyata buakan hasrat
bersatu diri dialam fana 
pedih pilu tiada jelmaan 
mengharap gemilang terus menghinggap
hati kasih bukan senandung 
bagai irama penuh kesyahduan
gusar hampir dibuai mesra
menitip antara diri dan rasa 
moga noktah tiada hampa
tempuhan masa makin berlalu 
kalimah indah bakal dibisik 
masih dalam mimpi lenaku

Sunday, January 23, 2011

Yang Terakhir



adakah kesedihan akan berakhir....
atau kesedihan akan kembali disisi?
tersusuk sembilu bila kau meninggalkan aku
terhiris hati jika aku kau sisihkan..
sekali kaki berganjak..
selamaya takkan ku paling wajah ini
sekali aku menyintai..
selamaya kau dihati...
beribu bahasa telah ku khabarkan...
kerana engkaulah yang terakhir..

Friday, January 21, 2011

Cinta kita


pertemuan yang tak disangka
dalam detik kesedihan yang memuncak
tiada siapa yang mengetahui dan mengerti
hanya dihati sahaja yang tersimpan
bertentangan mata
ucapan demi ucapan
kesedihan terungkai
bebanan yang dipikul makin rapuh
sayang bertaut
hinggalah cinta menyinggah
tanpa jemu dan sendu
sering berada disisi
kasih bertakhta
gurau,airmata menjadi lingkaran
sering sahaja sedih tak kesampaian
setia selamanya
hanya namamu dihati
hanya dirimu disisi
kerana cinta tak bercabang lagi
hanya belum mampu memiliki
tapi aku tahu kau milikku
sehingga kesyurgawi
keikhlasan terpancar

Saturday, January 15, 2011

Dayaku



Umpama pipit baru menetas,
dikuak kepak jatuh ketanah,
tabah hati melawan sebak,
hingga berjaya berada jebak.

Sendiri terbang tanpa hala hingga melihat keindahan biru,
ceria suasana memukau kerdip,
hayunan sayap tanpa henti
hingga tersedar di bentangan ombak....

Peluh berderai berhenti keriuhan,
aku memaling wajah sudah jauh ketengah,
aku tenung hadapan masih samar pelabuhan,
hendak dihela nafas tidak bersempat...,

Hendak ku henti mengibas tanah tak nampak,
panas berlalu hujan tak ditamu,
sejuk gigil masih kukuatkan sayap
untuk sampai ketempat pembaringan.

Ya Allah kuatkan sayapku agar aku mampu
melintasi lautan luas ini.
Aku tak mampu berhenti terbang
kerana kakiku masih belum dapat berpijak.....

Tuesday, January 11, 2011

My most unforgetable day....

The most auspicious moment in my life... 11th January 2011

Hasratku



''Aku menggenggam ke ufuk timur,
janji termetrai paluan langkah,
jendela putih merangkap kata,
akhirnya raga disinggahsana''

Hatiku mekar

Tarian sukma mengiring jiwa...
santun kata tiada penjuru.
Hilai doa meratap sara,
terngiang hadir mendabik ihsan,
sujud meraba panji akhiran,
kasih subuh dalam pautan,
terjuntai kalimah indah dan hina,
menjadi hakim atas pelancar rabbi alamin

Wednesday, January 5, 2011

aku diganggu!!!!

apalagi yang kau nak???

tak cukup ke kau seksa aku...

lepas satu satu kau bikin masalah....
lepas hina datang kembali..
dan hina dan datang lagi dan lagi dan lagi!!!

aku tak kacaw hidup kau!!
so pls don disturb me!!!
tolong biarkan aku bebas!!!
aku tak mahu kau lagi!!!!
nyah kau dr hidup aku!!!!
kau bukan suamiku lagi!!!
kita dah takde ikatan lg!!!
kembalilah kekuarga kau yg mulia...
dan biarkan aku yg hina ni hidup tenang bersama anak-anak

Monday, January 3, 2011

Mia cedera

Mia terjatuh dari katil dan kena bucu
Cedera kat mulut..koyak besar!!!

Sib baik sungguh ada doktor yang tinggal satu block!
Skrang ada kat umah dia ni!

Mia dah kena injek
Bibir dia tak perlu jahit
Dah letak gam untuk tisu!

Huh!! Ngah ngelabah macamni semua org saya carik
Jap lagi saya balik umah
Anak yang lain ngah tido

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011


Each moment in a day has its own value
Morning brings hope,
afternoon brings faith,

evening brings love,
nite brings rest,
hope you will have all of them everyday

HAPPY NEW YEAR TO ALL MY FRIENDS!!!!